Monday 26 December 2011

Hargai orang yang sayang dekat awak :")

Genre: Sedih (tak adalah sedih mana pun)
By: Fazrin Khalilah.


"Nurul Balqis, sila turun ke Pondok Pengawal, Ibu bapa anda sedang menunggu" kata Pak Guard yang menjaga Asrama Toh Puan Norashikin. Dengan perasaan yang gembira, Balqis terus membawa turun barang barangnya ke bawah dan terus menuju ke Pondok Pengawal. Apabila ternampak bayang ibunya yang samar samar, Balqis tidak memikirkan apa apa. Dia terus berlari ke arah ibunya dan memeluk ibunya untuk melepaskan kerinduan. Maklumlah, dah 3 bulan tak balik rumah! 


*didalam kereta*
Balqis: Ibu! ibu masak apa? Qis tak sabarlah nak makan masakan ibu yang sedap tu! :3
Ibu : ala ibu masak sardin je. Ibu tak ada masa lah nak masak untuk korang ni. Fahamlah, ibu busy lately ni. So, tak ada masa. Makan lah apa je yang ada dekat dapur tu nanti k. 
Balqis : Hmm, k.
Ibu: Haa, result macam mana? Ok?
Balqis: Hmm. Ibu nak tahu ke? Kejap *hulur result*
Ibu: Apani Qis? semua C? Kau tak belajar ke? 
Balqis: ala orang tak boleh concentrate lah study dekat asrama ni.
Qis: Lantak kau lah. Ibu dah kata jangan masuk asrama, kau degil jugak! Tahun depan kau sekolah biasa je! (dengan nada yang strict)


Balqis hanya mendiamkan diri sehingga sampai di rumahnya..


*sampai di rumah*


"Yayy akak balik! Akak balik! akak balik!" jerit adik Balqis,Aimi yang berumur 8 tahun. "Kau diamlah bodoh! aku tak ada mood!" Dengan perasaan yang bercampur baur, Balqis menghempaskan pintunya sekuat hati kerana berasa kesal terhadap sikap ibunya yang hanya mementingkan kerja.


"Dia tu langsung tak fikir pasal aku, yang dia tahu kerja! kerja! kerja! Habis? Aku ni siapa? Patung je? Nak harapkan Papa, papa tak habis habis dengan bini num 2 dia tu! Erghh! I just hate this family! Ada adik pun tak guna. Cuma anak angkat! Bodoh punya adik! Ibu tak habis habis nak manjakan dia" dengus Balqis sambil menulis diarinya. Hanya diarinya itulah yang menjadi teman untuk dia meluahkan perasaan.


"tuk tuk!" "tuk! tuk!" pintu bilik Balqis diketuk dengan kuat. Dengan segera, Balqis mengesat air matanya dan membuka pintu. Tiba tiba dia ternampak Aimi merengek rengek mengajaknya untuk bermain bersama. Balqis enggan tetapi Aimi tetap memaksanya. Dengan perasaan yang marah Aimi menolak adiknya sehingga.. "BAMM!" Terhantuk dinding! "padan muka kau! Aku dah cakap aku tak nak main dengan kau kan! Dah bodoh tu bodoh jugak!" Balqis menjerit kerana tidak dapat membendung perasaan marahnya. "Kak Qis jahat! Kak Qis tak sayang Aimi!" jerit Aimi sekuat hati dan mengadu terus kepada ibunya.


"Kau ni kenapa Qis? Kau ingat dia ni apa? suka suka hati kau je nak tolak dia? Kau tu dah besar dah hebat sangat sangat ke?Ada ibu ajar semua ni?!" tiba tiba... "PANGGG!" Satu tamparan yang kuat melekat di pipi Balqis. "Kalau macam ni lah Ibu layan Qis! Qis lagi rela tak tinggal satu rumah dengan budak tak guna ni! Tak habis habis ibu nak manjakan dia!"


Pada malam itu, Balqis menangis tersedu sedu kerana mengenangkan nasib dia.


Keesokan harinya, ketika dalam perjalanan pulang ke asrama, Balqis hanya mendiamkan diri. Ynag hanya didengari hanyalah suara Aimi yang tidak henti henti menyanyikan lagu "Bila Aku Sudah Tiada" . Balqis hanya buat buat tidak dengar. Namun, di sudut hatinya, dia berasa pelik dengan sikap adiknya itu. 


*beberapa minggu kemudian*


"Nurul Balqis! Sila turun ke pejabat dengan segera" Balqis yang sedang menikmati makanan di dewan makan dapat merasa sesuatu yang tidak elok akan terjadi. Setibanya di pejabat, Balqis terlihat wajah Ustazah yang begitu serious. 


Ustazah : Kamu dibenarkan pulang.
Balqis: Kenapa ustazah?
Ustazah :  Maafkan ustazah, ustazah tidak sampai hati nak beritahu kamu. Ustzah akan hantar kamu pulang. Kemas semua barang kamu.
Balqis: Hmm. okay :(


Setibanya di rumah.. Balqis terlihat ramai orang yang berada di rumahnya. Dia merasa hairan.. "eh ada kenduri ke?" Apabila dia masuk ke rumah, dia terdengar orang yang berada di dalam rumah nya membaca surah yaasin. Setelah itu, dia melihat 2 kujur badan yang kaku. Balqis terkejut! Kerana, dua kujur badan itu ialah... Aimi dan ibunya! Balqis terus berlari ke arah Jenazah Ibu dan Aimi. 


"Ibu! Aimi! kenapa ibu dengan aimi tinggalkan qis? Kenapa boleh jadi macam ni? Ibu! Bangunlah ibu! ibu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :'( Jerit Balqis sekuat hati! Aimi! Kenapa Aimi tinggalkan kakak! :("


Papa yang berada di sebelah jenazah itu hanya mampu mengeluarkan air mata. Papa menceritakan bahawa Aimi dan Ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mereka telah digilis oleh treler yang tidak terkawal. Tetapi, dalam masa yang sama, Aimi mempunyai penyakit barah otak.
Tiba tiba Papa menghulurkan sebuah nota untuk Balqis. Di dalam nota itu tertulis:


"Balqis, Ibu tahu, apabila kamu membaca nota ni,  Ibu dah tak ada dekat dunia ni. Ibu dah jauh dah dengan Qis, Walau apa pun, maafkan Ibu sebab ibu terlalu sibuk dengan kerja. Ibu hanya berkerja keras semata mata hendak menampung kos rawatan Aimi, dia ada penyakit barah otak. Doktor kata dia dah berada di tahap keempat. Dan kalau terlambat, mungkin dia tidak dapat diselamatkan. Maafkan Ibu kerana ibu tak sempat nak bagitahu semua ni. Jadilah seorang anak yang baik, banggakan keluarga kita. Itu je permintaan ibu. Ibu sayang dekat Balqis. Sangat sangat. Jangan lupa tinggal solat. Insyaallah, kita akan jumpa di Jannah :'), assalamualaikum"


di samping nota itu, balqis terlihat ada sekeping lukisan. Orang orang. Satu kecil satu besar, dan dekat lukisan tu ada tulis " Aimi sayang Kakak" Dengan perasaan yang sedih, Balqis terus menangis! Dia tidak dapat menampung kesedihannya! Dia berasa sungguh menyesal kerana telah memperlakukan adiknya seperti orang gaji. Dia berasa sangat menyesal! Padahal adiknya sangat sangat menyayanginya.


"adik, ibu, balqis janji balqis akan buat korang dua bangga dengan Qis, Qis janji! Maafkan semua dosa Qis terhadap Ibu dan Aimi! Maafkan Qis!"


Setiap 2 minggu, balqis akan menziarahi kubur adiknya dan ibunya dan mensedekahkan surah yaasin terhadap kedua dua arwah agar kedua dua arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Insyallah.


THE END


HARGAILAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA SEBELUM TERLAMBAT.

*Sorry macam tergantung, tak ada idea :P*


Love, Fazrin